Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH PEMBUATAN SUSHI.

Sushi merupakan kombinasi diantara  ikan mentah dan nasi berperisa cuka. Ini kerana negara Jepun merupakan sebuah pulau antarabangsa yang dikelilingi oleh laut dan pergunungan yang memenyebabkan susah untuk kegiatan pertanian.

Hanya beberapa tempat sahaja beras dapat dihasikan. Disebabkan faktor-faktor muka bumi yang tidak bagus, maka orang Jepun mula membuat makanan menggunakan ikan dan hidupan laut yang lain.
Sushi telah wujud di Jepun sejak berabad lamanya.

Ada yang mengatakan makanan sushi muncul dari negara tenggara Asia. Sesetengah restaurant di Tokyo masih mengekalkan perkhidmatan membuat sushi secara tradisional, dipanggil ‘narezushi’ yang dibuat dengan ikan guramin yang segar.

Pada tahun 1700, seorang chef bernama Yohei mula membuat kombinasi ikan mentah dengan nasi ‘vinegared’ dan maka dari situ kita ketahui bahawa sushi mula dicipta.

Terdapat dua jenis sushi yang terkenal iaitu jenis Kansai dari Bandar Osaka di bahagian Kansai dan Edo dari Tokyo. Bagi mereka yang membuat sushi, mereka dipanggil sebagai master sushi chef atau ‘shokunin’ yang bekerja secara keras dalam pembelajaran membuat sushi.

Untuk mempelajari membuat sushi yang bermutu perlulah mempelajari dari ‘shokunin’ seperti tradisi seorang samurai.

GAMBAR SUSHI