Make your own free website on Tripod.com

 PASU TANAH JEPUN

 

Pasu Jepun

 

Bagi negara Jepun, mereka memiliki pasu tanah. Dianggap sebagai benda yang cantik dan terdapat pasu tanah yang misteri iaitu ko-chu-ten (pasu dari neraka) merujuk kepada “neraka dalam pasu tanah yang kosong” iaitu membawa maksud kekuatan tanpa had dan bahan dalam kehidupan mereka.

Selain itu pasu tanah ini juga kaya dengan perkembangan unsur "Zen" dan teh.

 

Pasu untuk kegunaan minumKebanyakan pasu tanah di Jepun digunakan untuk kegunaan harian mereka seperti meminum ‘sake’ (arak dari air nasi yang ditapai).

Pasu tanah ini diperbuat dari tanah liat menggunakan tangan untuk membentuk acuan yang tersendiri.

Proses untuk membuatnya terdiri daripada melembutkan tanah liat, membentuk tanah liat menjadi acuan pasu tanah, melukis sebarang unsur alam sebagai hiasan luar pasu tanah, membakar acuan yang telah dibuat dan kemudian membuat proses mencantikkan pasu tanah.

 

 Proses membuat pasu tanah ini sama seperti pembuatan Jenis pasu tanah Jepun

pasu tanah di negara kita kecuali perbezaan dari segi bentuk pasu tanah tersebut.

Pasu tanah ini telah lama muncul sejak zaman ‘Edo’ di Jepun sehinggalah sekarang.

Selain itu pasu tanah Jepun ini terdiri dari pelbagai saiz, warna, struktur pasu tanah dan sebagainya.