Make your own free website on Tripod.com

MUSIM DI JEPUN

 

Jepun mempunyai empat musim yang tidak terdapat di negara Asian lain selain Korea. Ini disebabkan faktor kepulauan Jepun berada pada zon musim dan berada diantara benua Asian dan Pasifik, menyebabkan berlakunya perubahan musim.

Musim sejuk, bunga dan hujan serta panas boleh ditemui di seluruh dunia tetapi terdapat juga di sesetengah tempat di Jepun mengalami secara musim yang sama secara dua kali setahun.

 

 

Musim Sejuk

 

Musim sejuk merupakan musim yang ditunggu oleh para peluncur dan pekerja jentera penolak Mt Fujisalji, resort yang terkenal seperti Hakuba dan Naeba, dan perarakan fesyen musim sejuk. Sukan musim sejuk menjadi semakin popular semasa ‘Winter Olympics’ diadakan di Nagano. Festival salji ‘Yuki Matsuri” diadakan di Sapporo setiap bulan Februari. Semasa musim sejuk, boleh dilihat orang ramai memakai penutup mulut dalam bentuk sehelai kain tebal dililit di sekeliling mulut mereka. Ini bertujuan untuk mengelakkan diserang kesejukkan.

 

Musim Bunga

 

Merupakan musim bagi simbol percintaan di Jepun. Bunga Sakura Rimbunan bunga sakura(cherry blossoms) mengeluarkan bunga pada musim ini diantara bulan March hingga bulan April. Selain itu terdapat ‘hanami’ (pemandangan semasa bunga berkembang) yang mula terkenal semenjak zaman Heian (794 – 1185) dan merupakan salah satu contoh pemandangan yang tercantik terhasil secara semulajadi di Jepun. Telah menjadi satu kebiasaan bagi warga Jepun pada pelbagai peringkat umur berkumpul serta berkelah di bawah pokok Sakura sambil menyanyi karaoke, menari dan minumsehingga hari petang.

 

Musim Hujan.

 

Dipanggil sebagai ‘tsuyu’ (musim hujan) berlaku pada bulan Jun. Bunga ‘Ajisai’ (hydrangea) berbunga menjadi ‘pale lily’ dan berwarna biru tua gugur seperti air hujan.  Bunga biru memberi petunjuk kepada kedatangan musim hujan. Terdapat satu permainan yang popular pada musim panas

iaitu ‘Suikawari’ iaitu memegang sebatang kayu lalu cuba untuk memukul buah tembikai diletak di baldi sambil mata ditutup dengan sehelai kain.

 

Permainan Suikawari   Bunga Ajisai

 

 

Musim Panas.

 

Suhu pada musim ini berada pada paras 30 0 celcius dan kadang kala menjunam ke paras yang membimbangkan. Pada hujung minggu, orang ramai akan pergi ke pantai atau berehat di kawasan pergunungan untuk mengelakkan dari bahang panas pada musim ini.

Merupakan musim bagi ‘matsuri’ (festival) dan ‘hanabi’ (bunga api). Bagi ‘hanabi taikai’ (persembahan bunga api) berlangsung di ‘Sumida River’, Tokyo yang dinsaksikan oleh berjuta penduduk Jepun serta orang asing. Walaupun cuti sekolah dalam bulan Julai dan Ogos, pasukan bola keranjang sekolah tinggi sibuk dengan perlawanan yang diadakan di Stadium Koshien di Hyogo.

 

 

Selain itu terdapat juga satu lagi musim di Jepun iaitu musim luruh

 

Musim Luruh

 

Penghujung musim panas dan permulaan musin luruh dapat dilihat dari semasa berlakunya ribut taufan di Pasifik, merupakan  ribut taufan tropika yang banyak berlaku di Jepun dan barat. Kebanyakan ribut taufan sering menyerang bahagian Kyushu dahulu kemudian melalui negara, menyebabkan berlakunya kacau bilau. Sesetengah ribut taufan menyebabkan kematian beratus orang. Ribut taufan juga bertanggungjawab mematahkan seranggan Mongols dengan menenggelamkan askar Mongols pada abad ke 13, yang mana disebut sebagai ‘kamikaze’ (kuasa angin) bulan September merupakan masa ‘tsukimi’ (bulan penuh).

Pada bulan Oktober dan November iaitu musim dingin, pertukaran warna menyebabkan landskap secara dramatik bertukar warna merah, coklat, kuning dan hijau. ‘Koyo’ (leaves merah) pada akhir musim luruh ditemui terutamanya berlatar belakangkan Mt Fuji atau tokong di Kyoto.

 

    

Dua spektrum warna semasa musim 'koyo' di Kyoto.