Make your own free website on Tripod.com

KEGUNAAN KIMONO

Kaum wanita memakai kimono apabila menghadiri kelas seni tradisional seperti upacara the atau kelas ‘ikebana’. Gadis dan perempuan muda  yang belum berkahwin memakai ‘furisode’ iaitu jenis kimono berwarna warna dengan lengan baju yang panjang dengan pengikat ‘obi’ (bengkung) yang berwarna terang.

Kimono diperbuat dari jenis fabrik mudag geometri, dipanggil ‘Edo komon’, di mana dijahit dengan sulaman biasa dan kelihatan kasual.

Pakaian pengantin Jepun Pada majlis perkahwinan, pengantin perempuan dipakaikan dengan pakaian ‘shiromuku’ yang berat iaitu sejenis kimono putih yang berjulam dan mengenakan ‘hairpiece’ yang panjang.

 Manakala pengantin lelaki akan memakai kimono berwarna hitam diperbuat dari jenis sutera ‘habutae’ dan membawa lambing keluarga iaitu ‘hakama’ (lipatan skirt) serta ‘haori’ (separuh lapisan dari pangkal ke hujung baju).

Sut barat lebih biasa kepada tetamu sebelah lelaki.

 

 Pakaian kimono bagi pengantin lelaki dan perempuan

Untuk majlis pengebumian, lelaki dan perempuan memakai kimono hitam yang bersulam biasa. Perbezaan kimono bagi lelaki ialah jika kimono hitam dipakai dengan pengikat berwarna putih dipinggang untuk pergi majlis perkahwinan manakala jika memakai pengikat berwarna hitam dipinggang untuk ke majlis pengebumian.

Bagi yang berumur 20 tahun, mereka akan menyambut kedatangan kelahiran masing-masing pada 15 Januari. Kebanyakan kaum wanita memakai kimono berwarna secara terperinci dan seringkali dengan ‘tacky fur boa’. Kimono lain yang dipakai pada waktu tahun baru, upacara pengijazahan dan perayaan ‘Shichi-go-san’ untuk kanak-kanak.

Secara tradisional penyerahan kimono berlaku antara ibu dan anak perempuan mereka. Jenis kimono bergaris (awase) diperbuat secara tradisional dari sutera tetapi kadangkala dari benang bulu biri-biri atau fabrik dari bahan tiruan selepas bulan sejuk.

Kembali semula