Make your own free website on Tripod.com

SISTEM PEMBUANGAN SAMPAH "GOMI"

 

Di Jepun tidak boleh sesuka hati membuang sampah. Terdapat sistemnya sendiri yang perlu dipatuhi. Biasanya dalam seminggu 3 kali "gomi" (sampah) akan diangkut. 2 kali untuk "moeru gomi" (sampah mudah dibakar) dan sekali seminggu untuk "moenai gomi" (sampah tidak dibakar).

Jadual (hari dan waktu) untuk pembuangan "gomi" juga telah ditetapkan mengikut kawasan masing2. Contohnya hari Selasa dan Jumaat untuk "moeru gomi", manakala Rabu untuk "moenai gomi". Jika hari itu merupakan cuti am, biasanya "gomi" akan diangkut pada keesokkan harinya.

"Moeru gomi" termasuk dari "namagomi" (sampah seperti sisa makanan), bahan kertas, rumput dan ranting-ranting kayu yang telah diikat seberkas. Untuk "moenai gomi" ialah termasuk bahan plastik (botol), bekas kosmetik, bahan kaca, kasut, beg, loceng, payung, perkakas dapur atau rumah daripada plastik atau  logam, barangan buatan getah, bateri, dan sebagainya.

 

Semua ini sebaik-baiknya dimasukkan mengikut jenis (jika plastik, bubuh plastik sahaja, jika bateri, bubuh bateri sahaja) ke dalam poli bag/plastik "transparence" atau "half transparence" dan dikumpulkan di tempat "gomi" disediakan. Untuk "moenai gomi", botol atau bekas kaca (botol kaca minuman, botol jem atau sebagainya), sebuah bekas plastik berwarna merah disediakan khas untuk membuang botol atau bekas kaca tersebut.

 

Tetapi, penutupnya hendaklah  diasingkan dan dibuang bersama "moenai gomi" lain. Manakala untuk "moenai gomi", tin aluminium ( tidak mengira jika tin minuman atau tin bekas makanan ), disediakan bakul 4 segi berwarna hijau. Semua tin dibuang ke dalam bakul dan jika sudah tidak muat, boleh kumpulkan sebekas dalam plastik.

 

Botol kaca dan tin mesti diasingkan untuk proses kitar semula.

Selain tu, terdapat hari di mana surat kabar, "danboru" (corrugated cardboard), buku (termasuk majalah, komik dan sebagainya) akan diangkut bergilir-gilir setiap minggu sekali. Biasanya ia akan diangkut pada hari yang bersamaan dengan "moenai gomi".

 

Jika minggu ini untuk buang buku, minggu depan untuk buang surat kabar.

Terdapat kalendar untuk mengetahui bila membuat sampah boleh didapati dalam web site rasmi kawasan tempat tinggal masing-masing dan boleh bertanya "oyasan" (tuan rumah "apato" iaitu kawasan masing-msaing).

 

Untuk newspaper dan buku, bila sudah dikumpul, hendaklah diikat dengan tali supaya senang nak diangkut. Begitu juga dengan "danboru", tetapi jika "danboru" bersaiz besar, kena potong 50cm x 50cm, lepas itu barulah diikat sekali. Benda-benda ini hendaklah dikumpulkan di tempat pembuangan "moeru gomi". Jangan dicampur adukkan di tempat "moenai gomi".

Satu lagi jenis "gomi" yang boleh dibuang ialah pakaian.

 

Pakaian ini meliputi kain baju tidak mengira T-shirt, kemeja, jeans, baju sejuk, tuala, "mofu" (selimut tebal) dan sebagainya. Yang tidak termasuk dalam senarai ialah "nuigurumi" (teddy-bear atau sebagainya), karpet, "futon"(sejenis tilam Jepun) dan pakaian daripada bahan getah.

 

Pakaian yang hendak dibuang dikumpulkan dalam plastik besar dan diletakkan di tempat pembuangan "moenai gomi". "Gomi" jenis ini sekali-sekala akan diambil, bukannya tiap-tiap  minggu.

 

Hanya 2 bulan sekali  dan biasanya diangkut pada hari Sabtu. Terdapat tong untuk "moeru gomi", "moenai gomi" dan tong untuk bahan yg boleh dikitar semula seperti tong untuk "pet bottle", tong untuk "bin" (tin) dan tong untuk buang kertas atau majalah.